Anda perlu menyediakan beberapa dokumen untuk pendaftaran GrabRider sebelum anda boleh mengisi borang online yang kami telah sediakan. Antara dokumen-dokumen yang diperlukan adalah
Gambar muka (dari bahagian dada ke atas)
Kad Pengenalan (IC Biru/ MyTentera)
Lesen Memandu (P/B/B2)
Lesen Kenderaan Motor (Roadtax)
Untuk dokumen pendaftaran Pemandu Grab sila rujuk link ini. Dokumen Pemandu Grab
1. Gambar Profil
Gambar Selfie dari kepala hingga paras bahu, menghadap depan dan tegak. Tidak boleh memakai cermin mata hitam, topi/songkok. Gambar passport tak dibenarkan.
2. Kad Pengenalan
Mesti boleh dibaca dengan jelas. Jangan gunakan ‘flash’ semasa mengambil gambar. Jangan Edit atau Crop gambar. Gambar scan tidak diterima. Pastikan gambar yang di upload adalah original.
3. Lesen (P/B/B2)
Mesti boleh dibaca dengan jelas. Jangan gunakan ‘flash’ semasa mengambil gambar. Jangan Edit atau Crop gambar. Gambar scan tidak diterima. Pastikan gambar yang di upload adalah original.
4. Lesen Kenderaan Motor (Roadtax)
Mesti Roadtax yang terkini dan belum tamat tempoh. Mesti boleh dibaca dengan jelas. Gambar scan diterima.