KERJASAMA ANTARA GRAB DAN BYD
Pada 15 Januari 2025, Grab dan BYD mengumumkan kerjasama strategik untuk mempercepatkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Asia Tenggara. Kerjasama ini melibatkan penyediaan sebanyak 50,000 kenderaan elektrik BYD di negara-negara seperti Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Pemandu Grab juga akan mendapat manfaat daripada kadar sewaan kompetitif bagi EV melalui rakan kongsi armada Grab serta pilihan pembiayaan pemilikan untuk pemandu melalui skim Grab. Selain itu, jaminan lanjutan bateri EV diberikan untuk mengurangkan kos penyelenggaraan.
Untuk pengguna, Grab memperkenalkan pilihan “Eco-Friendly Ride” di Singapura dan Thailand tanpa caj tambahan, membolehkan mereka memilih kenderaan mesra alam dengan mudah. Integrasi teknologi IOT dalam aplikasi Grab pada skrin kenderaan BYD juga memperbaiki pengalaman pengguna dengan memaparkan data masa nyata seperti cuaca, trafik, dan corak pemanduan untuk meningkatkan keselamatan, kecekapan ETA, dan pengalaman perjalanan.
Grab juga memperkenalkan DENZA D9, MPV elektrik mewah dari BYD, dalam perkhidmatan GrabExec untuk menawarkan perjalanan premium dengan keselesaan, gaya, dan kelestarian. Kerjasama ini memberikan peluang pendapatan yang fleksibel kepada pemandu Grab, dengan akses kepada 50,000 kenderaan elektrik yang lebih cekap tenaga, membolehkan mereka menikmati penjimatan kos bahan api serta penyelenggaraan rendah.
Adakah anda berpengalaman dalam perkhidmatan penghantaran? Ingin meningkatkan peluang pendapatan anda bersama kami?
Sertai Grab sekarang sebagai rider berpengalaman dan dapatkan bonus istimewa khas untuk anda! Daftar sekarang dan nikmati pendapatan yang kompetitif dan pelbagai kelebihan seperti berikut:
- Bonus pendaftaran sehingga RM200 untuk rakan-penghantar baru yang berpengalaman dalam perkhidmatan penghantaran (amaun bonus bergantung pada lokasi seperti di bawah)
- Peluang pendapatan yang stabil dan lumayan – – jana pendapatan sehingga RM20 sejam!
- Tawaran-tawaran hebat di GrabBenefits
- Pelbagai cenderahati percuma di Program Roda Rezeki
- Beg penghantaran, jaket dan baju hujan ekslusif PERCUMA selepas pengaktifan akaun
Bonus Rider Berpengalaman
Mulai 11 Oktober 2021, dapatkan bonus istimewa dari kami sekiranya anda berpengalaman dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal. Mudah sahaja, cuma kongsikan salah satu dari dokumen berikut dan anda layak untuk menerima bonus:*
1. Tangkap layar halaman profil anda
2. Kepala Surat penyata pendapatan
3. Kepala Surat pengesahan dari majikan
*Bayaran bonus akan diterima setelah anda memenuhi syarat trip minimum selepas diaktifkan
Terma dan syarat
- Program Rider Berpengalaman ini akan bermula pada 11 Oktober 2021. Hanya pendaftaran mulai 11 Oktober sahaja layak untuk program ini.
- Program ini terhad untuk rakan-penghantar baru yang tidak pernah mempunyai akaun GrabFood/GrabExpress/GrabCar/GrabTaxi sahaja
- Anda mestilah berpengalaman dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal selain Grab.
- Anda perlu melengkapkan jumlah sasaran perjalanan (Trip) dalam tempoh 14hari mengikut bandar akaun anda diaktifkan. Sila rujuk jadual sasaran trip yang diberikan diatas.
- Anda akan menerima beg penghantaran GrabFood secara percuma. Pemberian percuma jaket dan baju hujan bergantung kepada ketersediaan stok.
- Bonus Rider Berpengalaman akan dikira berjaya jika semua syarat telah dipenuhi.
- Semua keputusan daripada Grab adalah muktamad.